PENAPIS AIR BIO-AURA


Harga : RM2080.00
(Harga Ansuran-RM100 sebulan)

BERILAH DIRI DAN KELUARGA ANDA MINUM AIR YANG BERSIH DAN PENUH TENAGA UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT DAN SEJAHTERA


MATLAMAT PENJUALAN

BARU DIPASANG
SELEPAS SEMINGGU

Anda lihat sendiri dua gambar diatas yang saya ambil ketika mula menggunakan Bio-Aura dan selepas seminggu pemasangannya. Jika anda perhatikan penapis 'A' di gambar kedua (klik gambar untuk besarkan), kotoran itulah yang kita dan mereka yang kita sayang minum selama ini.

Bayangkan, botol susu anak kecil yang dibasuh dengan air paip yang kita sangka cukup bersih. Klorin dan kesan karat yang tak nampak dalam air akan tertinggal pada botol tersebut. Tanpa sedar, kitalah sebenarnya yang mendedahkan mereka pada bahaya bahan kimia dan kesan karat yang memudaratkan ini sejak dari kecil. Bukan itu saja, buah2an, sayuran, ikan, ayam dan bahan masakan lain turut mengalami kesan yang sama sekiranya dibasuh dengan air yang tidak dirawat dengan sempurna.

Tak kiralah apa jenis penapis sekalipun, Jendelaniaga sangat2 mengesyorkan agar anda menapis dahulu air paip di rumah sebelum ia dimasak dan diminum.

Keperihatinan anda hari ini mungkin akan merubah masa depan anda dan orang2 yang anda sayangi.





MAKLUMAT TENTANG AIR


Air yang disalurkan ke rumah mengandungi bahan2 memudaratkan seperti;

  • kuman,
  • bakteria,
  • kesan logam dari karat paip air bawah tanah,
  • klorin.

Klorin dan tawas dicampur ke dalam air bagi membunuh kuman dan mikroorganisma selain menghilangkan bau busuk. Bahan2 kimia ini memudaratkan kesihatan sekiranya diserap ke dalam tubuh secara berterusan.

Pengambilan air yang tercemar secara berterusan akan melemahkan metabolisma badan sekaligus memudahkan serangan pelbagai jenis penyakit. Kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati lebih 1 billion manusia di seluruh dunia sedang minum air tercemar. Dan 2 juta manusia mati akibat cirit birit setiap tahun.

Manusia sangat2 bergantung kepada air (tidak kira air bersih atau tercemar). Air bersih menjamin kesihatan manakala air tercemar mengancam nyawa hingga boleh membawa maut. 72% (lebih dari separuh) dari kandungan badan kita adalah air. Kekurangan 5% dari kandungan air dalam badan sudah cukup untuk menjejaskan prestasi kita sebanyak 30%.

Tidak hairan kenapa kita begitu terdedah kepada ancaman pelbagai penyakit hanya kerana minum air kerana air yang kita minum setiap hari sememangnya mengandungi KLORIN dan KESAN KARAT yang dapat melemahkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit.

Namun, pengambilan air yang bersih (ditapis) BUKAN SAHAJA memberi tenaga dan membolehkan badan berfungsi dengan baik malah air yang benar2 bersih dapat meningkatkan kadar metabolisma badan dan daya tahan tubuh melawan penyakit.

Penyakit2 seperti;

  • Penyakit jantung,
  • Penyakit darah tinggi
  • Penyakit buah pinggang
  • Ghout
  • Diabetes
  • Penyakit kulit

adalah penyakit2 yang berkait rapat dengan pengambilan air yang tercemar.

Penapis biasa hanya menapis kotoran kasar dari dalam air dan memasak air dapat membunuh kuman dan mikroorganisma lain tapi logam terlarut dan klorin masih terdapat dalam air yang diminum. Klorin dikatakan penyebab utama kanser. Kajian Pertubuhan Kanser Kebangsaan menunjukkan risiko menghidap kanser bagi mereka yang minum air berklorin adalah 90% lebih tinggi.

Bio-Aura dicipta bukan untuk memanjangkan hayat seseorang tetapi lebih kepada membekalkan air yang terbaik buat badan kita supaya risiko ancaman penyakit akibat dari pengambilan air dapat dikurangkan semaksima mungkin disamping meningkatkan tahap kualiti kesihatan kita dalam menjalani aktiviti seharian. Bayangkan sekiranya kotoran dalam penapis 'A' dalam gambar di atas yang mengandungi kesan karat dan klorin diserap oleh tubuh kita setiap hari. Risiko kita terdedah kepada bahaya pastilah jauh lebih tinggi.




KENALI PENAPIS BIO AURA

Teknologi NANO

Bio Aura dari Hi-O ini direka dengan mengaplikasikan keberkesanan teknologi "nano".

Nano : Bersaiz kecil
1nm(nanometer) = 0.000000001m

Dengan teknologi "nano", molekul air dipecahkan kepada 1 billion kali ganda lebih kecil dari saiz asalnya bersamaan 1000x ganda lebih halus dari diameter sehelai rambut. Dengan kaedah ini, kuantiti oksigen terlarut dalam air yang diangkut ke seluruh badan akan meningkat disamping meningkatnya kadar penyerapan oksigen dan nutrien oleh sel2 badan selain fungsi asalnya menapis dan membersihkan air. Selain itu, beberapa proses di dalam penapis ini akan menambahkan kandungan nutrien serta dapat menstabilkan tenaga dalam air yang diminum untuk jangkamasa yang lebih lama.

Memenuhi Piawaian AIR HIDUP oleh WHO
    Air Hidup;
  • Tiada bau busuk, bebas dari toksin dan tidak berbahaya
  • Mengandungi unsur2 mineral yang seimbang
  • Nilai pH air lebih kepada alkali (bukan asid)
  • Molekul2 airnya adalah halus

Pengekalan Unsur Mineral

Bio-Aura bukan saja menapis dan membersih, malah mengekalkan unsur-unsur mineral dalam air yang baik untuk badan.

Nilai pH yang Lebih Beralkali

Nilai pH air Bio-Aura lebih bersifat alkali (pH 7~8) yang sememangnya sangat sesuai dengan tubuh manusia

Mudah diselenggarakan

Bio-Aura dilengkapi ciri2 di bawah supaya mudah diselenggarakan;
  • Alat gentian pemasangan dwi-pilihan disertakan bagi menyesuaikannya dengan apajua bentuk kepala paip.
  • Penutup tanpa skru yang boleh ditanggalkan tanpa penggunaan sebarang peralatan.
  • Sistem 'pusing-buka dan pusing-kunci' pada penapis 'A' memudahkan lagi kerja2 pembersihan
  • Saiz penapis yang besar membolehkannya memproses air dalam kuantiti yang lebih banyak demi menjamin keberkesanannya.

Prestasi maksimum setanding harga

Bio-Aura sememangnya penapis air yang luarbiasa. Ia berfungsi lebih dari sekadar menapis kotoran dan menghilangkan bau. Dengan kelebihan inilah ia mampu bersaing dengan mana2 penapis air yang telah lama berada di pasaran walaupun harga yang ditawarkan tidak banyak bezanya. Dengan kata lain, memilih Bio-Aura bermakna memilih prestasi maksima untuk nilai wang anda.

  • Menghasilkan komponen air yang kecil dengan kandungan oksigen yang tinggi
  • Kandungan bio-tenaga yang berganda menjadikan sel2 badan lebih aktif
  • Peningkataan penyerapan nutrien dan mineral oleh sel2 badan
  • Menghapuskan unsur2 racun, bakteria, klorin dan logam berat dari dalam air
  • Menghilangkan bau busuk
  • Meningkatkan metabolisma, peredaran darah, dan sistem daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit
  • Menutralkan kandungan asid yang merbahaya dalam tubuh
  • Melancarkan sistem perkumuhan badan.

Bio-Aura dilengkapi dengan 6 penapis canggih yang bertugas menapis kotoran, menghasil serta menstabilkan tenaga dalam air untuk satu tempoh yang lama.
















Harga Produk : RM2080.00 (RM100 SEBULAN)
Anda boleh membuat tempahan dengan talipon/sms :

  • 0122829409 (Rohaida) atau
  • 0173738062 (Rasyidi)

Kos pemasangan dan penghantaran ke sekitar Lembah Kelang dan Selangor adalah percuma.

PEMBELIAN DENGAN KAD KREDIT

Klik butang 'Buy Now' di bawah untuk pembelian dengan Kredit Kad. Perkhidmatan disediakan oleh PayPal. Anda perlu mempunyai akaun PayPal untuk transaksi pembayaran atau buka akaun baru terlebih dahulu sekiranya tiada.

Produk : Penapis Air Bio Aura
Harga : US$ 599.04 (RM2080.00)
Check Currency Exchange Rate
















HiJRAH BIO-AURA

SPONSORED BY